
Antara bahan-bahan yang boleh digunakan untuk membina acuan konkrit ialah papan lapis, aluminium, keluli, gentian kaca dan plastik. Acuan yang baik hendaklah mempunyai ciri-ciri seperti berikut :
- Kualiti - Posisi, kekuatan dan dimensi merupakan aspek-aspek penting dalam membina acuan konkrit yang berkualiti serta kukuh. Hal ini disebabkan acuan akan menanggung beban-beban seperti beban bancuhan konkrit, pekerja, getaran dalam memampatkan konkrit, tetulang, dan alatan pembinaan. Di samping itu, perkara yang harus di teliti adalah semasa membuka acuan setelah konkrit mengeras supaya konkrit tidak rosak dan tidak menganggu kedudukan konkrit
- Keselamatan - Keselamatan pekerja, struktur dan alatan yang digunakan mestilah diberikan perhatian dalam pembinaan acuan konkrit. Keselamatan hendaklah dilaksanakan bermula dari peringkat perancangan dan pengurusan supaya pembinaanya mematuhi undang-undang. Pembinaannya mestilah dibuat dengan rapi dan kerja-kerja pemantauan hendaklah dibuat dari masa ke semasa.
- Ekonomi - Dalam pembinaan, kos yang rendah tetapi bermutu dan mempunyai ciri-ciri keselamatan amat dititikberatkan bagi meningkatkan kadar penjimatan. Bahan-bahan yang diguna hendaklah mudah didapati dan boleh digunakan berulang kali. Acuan konkrit boleh digunapakai 4 hingga 7 kali sahaja bergantung kepada permukaanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan