Ekonomi merupakan rumusan tafsiran peristiwa
manusia dalam menghadapi alam bendanya.
Menurut Ibnu Khaldun, ekonomi merupakan
kehidupan manusia daripadasatu rupa dan keinginan untuk mendapat rezeki dan
berusaha untuk mendapatkannya.
Menurut Akram Khan, ekonomi adalah kajian al-falah manusia melalui pengurusan
sumber bumi berasaskan kerjasama dan penyertaan.
Menurut Hasanuz-Zaman, ekonomi adalah ilmu
pengetahuan dan penggunaan perintah dan peraturan syariat demi melindungi ketakadilan
dalam perolehan dan penggunaan sumber asli bagi tujuan memenuhi kepuasan
manusia dan bagi membolehkan mereka melaksanakan tanggungjawab terhadap Allah
s.w.t. dan masyarakat seluruhnya.
Menurut Masudul Alam Choudhury, ekonomi adalah
sebagai kajian sejarah, empirik dan teori bagi menganalisis keperluan manusia
dan masyarakat berasaskan panduan sistem nilai islam.
Menurut Amir Mohd. Al-Faysal al-Su’ud, ekonomi
adalah satu ilmu wasilah (alat) yang digunakan oleh manusia bagi memenuhi
segala hajat individu dan masyarakat sesuai
dengan peraturan syariat.
Menurut Mannan, ekonomi adalah ilmu sains sosial
yang mengkaji masalah ekonomi yang berpegang pada nilai islam.
Kesimpulannya, ekonomi islam merupakan ilmu yang
mengkaji kegiatan manusia yang selaras dengan kehendak syariat, dari segi
memperoleh, mengguna atau mengurus sumber asli untuk kebaikan diri serta
kebaikan bersama secara kebendaan dan kerohanian demi mendapat keredhaan Allah
s.w.t.
FALSAFAH EKONOMI
ISLAM
Konsep Tauhid
Hari Pembalasan
Konsep Tauhid
-
asas dalam cara hidup Islam.
-
Juga asas kepada falsafah ekonomi islam
-
Merangkumi hubungan manusia dengan Allah s.w.t. dan
hubungan antara manusia dengan manusia.
-
Tidak takut kepada manusia kerana manusia adalah
makhluk Allah s.w.t. dan tidak mempunyai kuasa serta tidak menganiaya manusia
lain
Konsep Rububiyah
-
sifat Allah s.w.t. sebagai penguasa yang membuat
peraturan dan bertujuan untuk menjaga kehidupan makhluk kepada kesempurnaan.
-
Dalam konteks ekonomi, rububiyah merupakan peraturan
ilahi bagi menyusun rezeki dan kegiatan ekonomi manusia demi kepentingan yang
sebenar.
Konsep Tazkiyyah
-
adalah untuk membentuk kesucian jiwa dan ketinggian
akhlak.
-
Rasul diutuskan untuk membersihkan hati manusia dengan
Allah, manusia dan alamnya.
-
Pembersihan harta adalah melalui zakat dan sedekah.
-
Tazkiyyah melahirkan al-Falah.
-
Keluhuran Tazkiyyah adalah daripada pelaksanaan konsep
Rububiyah.
Hari Pembalasan
-
percaya pada hari pembalasan menjadikan kegiatan
ekonomi sentiasa berada di landasan yang benar.
-
Segala tindakan manusia akan dianalisis pada hari
akhirat kelak.
-
Segala kegiatan ekonomi manusia di dunia dilihat dari
segi ‘nilai kini bagi natijah masa
akhirat’
Manusia Sebagai Khalifah
-
manusia adalah pemegang amanah dan mempunyai
tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.
-
Manusia perlu memakmurkan bumi.
-
Peranan ini adalah dalam hubungan pengabdian diri
kepada Allah s.w.t.
Kesamaan dan Persaudaraan manusia
-
semua manusia adalah daripada satu keturunan iaitu
daripada keturunan Adam.
-
Oleh itu, manusia semuanya bersaudara dan mempunyai hak
yang sama dalam kehidupan.
-
Dengan kewujudan rasa persaudaraan akan membuahkan
keadilan dengan menolak kezaliman sesame manusia.
-
Persaudaraan adalah sebahagian daripada tauhid.
-
Rasa kasih sayang, tolong-menolong, hormat-menghormati,
sedia berkorban adalah tanda iman seseorang.
-
Keadilan dalam ekonomi adalah sumbangan setiap individu
kepada masyarakat.
-
Maka, tidak akan timbul pemerasan, penindasan dan
eksploitasi antara satu sama lain.
-
Larangan eksploitasi ini bertujuan untuk melindungi hak
setiap individu dalam masyarakat dan untuk meningkatkan kebajikan umum.
Konsep Hak Milik
-
Segala harta, kekayaan, dan sumber adalah milik Allah
s.w.t.
-
Pemilikan manusia terhadap anugerah adalah tidak mutlak
kerana terikat dengan peraturanNya tetapi hanya dalam bentuk amanah.
-
Pemilikan amanh akan menjadikan manusia menguruskan
pemilikannya secara yang diredhai.
Matlamat Kegiatan ekonomi
-
mewujudkan kesejahteraan ekonomi untuk individu,
masyarakat dan Negara.
-
Keperluan asas yang mencukupi menghindarkan kelaparan
dan ketakutan dalam masyarakat. Memastikan keperluan manusia dari segi makanan,
pakian, tempat tinggal, perubatan, dan pendidikan adalah cukup.
-
Penggunaan sumber yang optimum, berjimat, berkesan dan
tidak membazir.
-
Kesaksamaan agihan harta, kekayaan, pendapatan dan
pembangunan.
-
Menjamin kebebasan individu.
-
Kesamaan hak dan peluang.
-
Kerjasama dan keadilan.
CIRI-CIRI
EKONOMI ISLAM
Ekonomi adalah sebahagian daripada sistem
kehidupan.
Ekonomi adalah keseimbangan antara kepentingan
individu dengan masyarakat.
Ekonomi yang berasaskan al-Quran dan al-Sunnah.
Ekonomi Islam adalah Ilahi (ketuhanan) dari segi
prinsipnya.
Ekonomi yang merupakan daripada keseluruhan
system kehidupan islam yang lengkap.
Ekonomi islam adalah lengkap, sempurna dan mampu untuk menyelesaikan
masalah keperluan kehidupan manusia dan semua makhluk di bumi ini.
Ekonomi yang akan sentiasa menyeimbangkan
kepentingan individu dan masyarakat.
Apabila
kepentingan individu dan kepentingan umum tidak
dapat disesuaikan maka Islam mendahulukan kepentingan umum.
Kegiatan ekonomi yang bersifat kebendaan tetapi
masih bercorak kerohanian.
Kegiatan
ekonomi tidak memisahkan kebendaan daripada kerohanian kerana manusia bukan
sahaja mempunyai hubungan sesama manusia tetapi juga mempunyai hubungan dengan
Allah s.w.t.
Ekonomi yang sentiasa sesuai sepanjang zaman dan
masa kerana sifatnya yang tetap dan dinamik.
Ekonomi
Islam dianggap tetap kerana prinsipnya yang teguh tanpa boleh dipersoalkan, dan
pada masa yang sama ia dinamik kerana mempunyai kaedah penggunaan yang berbeza
dan sesuai dengan pelbagai keadaan.
Ekonomi yang asas hukumnya adalah al-Quran dan
al-Sunnah.
Al-Quran
terjamin keasliannya hingga ke Hari kiamat. Dan begitu juga dengan al-Sunnah.
Oleh itu, ekonomi Islam sesuai untuk sepanjang zaman.
Al-quran merupakan sumber yang paling penting
dan dalil pertama dalam penentuan hokum. Oleh itu, tidak boleh didahului oleh
sumber-sumber hokum yang lain.
Al-sunnah merupakan perjalanan Rasulullah s.a.w.
yang meliputi ucapan, perbuatan, dan pengakuannya.
Al-sunnah adalah sumber perundangan kedua
selepas al-Quran dan ia adalah penjelas, pemerinci dan penghurai kepada
al-Quran.
SUMBER-SUMBER
RUJUKAN
Ijmak adalah kesepakatan ulama mujtahidin (iaitu
mereka yang benar-benar mendalami dan menghayati ilmu-ilmu agama) tentang
sesuatu hukum dan peraturan agama (al-din).
Kias adalah hukum agama yang telah tetap tentang
sesuatu perkara dan dijadikan hukum untuk sesuatu perkara yang lain apabila
kedua-duanya dianggap mempunyai sebab atau sifat yang sama.
Ijtihad adalah usaha seorang faqih untuk
mendapatkan hukum syariat yang belum terdapat pada al-quran atau
al-sunnah.ijtihad hanya dilakukan oleh mujtahid.
SUMBER-SUMBER
LAIN
Pendapat sahabat hamper setaraf dengan sunnah
Rasulullah s.a.w. kerana mereka hidup sezaman dengan baginda. Mereka lebih
faham tentang islam.
Istihsan bermaksud meninggalkan pendapat yang
terhasil daripada penggunaan kaedah kias, sebaliknya merujuk kepada pendapat
yang disokong oleh dalil yang lebih kuat.
Istislah bermaksud tindakan yang melarang atau
yang mengizinkan sesuatu perkara, semata-mata kerana maslahat (faedah).
Istishab bermaksud menjadikan hokum yang sabit
pada waktu yang lalu, tetap berlaku sampai sekarang sehingga ada dalil yang
mengubahnya.
Uruf bermaksud nilai, adat atau kebiasaan
masyarakat, selagi tidak bercanggah sebaliknya selaras dengan kehendak islam.
EKONOMI DALAM
RANGKA KERJA ISLAM
Syariat adalah hukum yang berhubung dengan fiqh
(amal), akidah dan akhlak.
Fiqh menentukan samada sesuatu perkara itu wajib
dilakukan atau sebaliknya, samada sesuatu tindakan itu sah atau sebaliknya.
Hukum fiqh ada dua, iaitu ;
-
ma’rufat (wajib, sunat dan harus)
-
munkarat (makruh dan haram)
- sunat mustahab
- harus / mubah
- makruh
- haram
Fiqh telah diperuntukkan dalam al-quran dan
al-sunnah, manakala ulama mujtahidin telah mengeluarkan hokum-hukum
berdasarkan ijtihad daripada kedua-dua sumber tersebut.
Dalam rangka kerja islam, fiqh terbahagi kepada
dua iaitu fiqh ibadat dan fiqh muamalat.
Aspek ekonomi dalam rangka kerja islam termasuk
dalam bidang fiqh muamalat.
Dalam aspek ekonomi, terdapat urusan am dan
peribadi yang berkaitan dengan hukum perniagaan, pewarisan, dan sebagainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan