Selasa, Julai 24, 2012

Pasaran Bermonopoli



TAKRIFAN
Merupakan sebuah pasaran yang mengandungi seorang penjual (firma tunggal) yang menghasilkan keluaran yang tidak mempunyai pengganti hampir dan wujud halangan bagi penjual lain untuk memasuki pasaran.



CIRI-CIRI
        I.            Penjual tunggal
          Dalam industri monopoli, hanya wujud sebuah firma sahaja yang sedang mengeluarkan barang yang tidak mempunyai pengganti hampir. Ini bermakna industri dan firma sama sahaja. 
    III.            Firma merupakan “penentu harga”
a)      Barang yang dikeluarkan oleh firma tidak akan dapat dikeluarkan oleh firma lain akibat daripada halangan tertentu. Ini bermakna hanya sebuah firma sahaja yang sedang menghasilkan sesuatu barang yang tidak ada pengganti hampir di pasaran. Jika pembeli ingin membeli barang tersebut, ia haruslah dibeli dari firma berkenaan sahaja
b)      Kuasa monopoli ini ditunjukkan oleh keluk permintaannya yang cerun ke bawah dari kiri ke kanan dengan firma berupaya mengawal tingkat harga keluarannya melalui kawalan tingkat keluaran yang dihasilkan.
c)      Apabila penawaran barang dikurangkan, maka tingkat harga akan meningkat. Sebaliknya, jika penjual menawarkan barang dalam kuantiti yang banyak, maka harga akan menurun.
d)      Walaubagaimanapun, penjual tidak boleh menetapkan harga dan keluaran yang dijual serentak.

    IV.            Pengiklanan tidak penting
a)      Pemonopoli berkemungkinan menjalankan kegiatan pengiklanan. Akan tetapi, kegiatan ini bergantung kepada jenis keluaran yang dihasilkan.
b)      Aktiviti pengiklanan mungkin diperlukan untuk meningkatkan permintaan atas keluarannya atau bertujuan memberitahu atau memaklumkan pelanggan akan keluaran mereka. Ini bermakna iklan yang bertujuan untuk persaingan tidak diperlukan dan ini menjimatkan kosnya.

      V.            Tiada kebebasan keluar masuk dalam industri monopoli
a)      Dalam industri monopoli, kebebasan keluar masuk tidak mungkin berlaku akibat sekatan yang menghalang firma baru daripada memasuki pasaran.
b)      Halangan ini seperti perlindungan undang-undang, pemilikan faktor pengeluaran tertentu, dan keperluan teknologi yang tinggi.
c)      Dengan adanya halangan sedemikian, maka kuasa monopoli dapat dikekalkan. Ini menyebabkan firma monopoli akan memperoleh untung lebih normal dalam jangka panjang.


SEBAB-SEBAB KEWUJUDAN
         Pasaran monopoli merupakan sebuah pasaran yang mengandungi seorang penjual tunggal (firma tunggal) yang sedang menghasilkan sesuatu keluaran yang tidak mempunyai pengganti hampir dan wujudnya halangan bagi penjual lain untuk memasuki ke dalam pasaran.  Antara kewujudan monopoli ialah :-
a.         Wujudnya ekonomi mengikut bidangan
·                     Dinikmati oleh firma besar.  Firma besar akan menghasilkan tingkat keluaran yang sangat banyak dan menguasai hampir semua kedudukan pasaran.
·                     Dengan tingkat keluaran yang besar ini, firma dapat menikmati ekonomi bidangan dalaman mahupun ekonomi bidangan luaran dengan tingkat kos perunit (kos purata) yang terendah dan mampu mengenakan harga yang rendah pada masa yang sama.
·                     Adalah sukar bagi firma baru untuk masuk bersaing dengan firma monopoli.  Hal ini kerana firma lain tidak dapat menjual keluarannya dengan harga yang lebih rendah daripada firma monopoli yang sedang menikmati ekonomi bidangan ini.  Contohnya, firma yang menawarkan perkhidmatan yang sangat penting kepada masyarakat seperti bekalan air dan elektrik merupakan monopoli semula jadi.
a.                  Halangan Undang-undang.
·                     Boleh wujud melalui undang-undang kerajaan seperti pemberian hak cipta.
b.                  Pemilikan faktor pengeluaran semula jadi.
·                     Jika firma dapat mengawal faktor pengeluaran semulajadi tertentu maka firma ini mempunyai kuasa monopoli ke atas pengeluaran tersebut.
c.                   Halangan kewangan dan tingkat teknologi tertentu.
·                     Firma ini akan semakin cekap jika saiz pengeluaran semakin besar.

KEBAIKAN
a)      Monopoli membolehkan firma yang mengalami kos menurun menghasilkan lebih output dengan harga yang rendah
·                     Firma monopoli semulajadi menikmati ekonomi mengikut bidangan dimana pertambahan output akan menyebabkan kos per unitnya semakin rendah. Firma monopoli semulajadi ini akan menghasilkan tingkat output yang banyak dengan mengenakan harga yang rendah.
b)      Kebaikan dikriminasi harga
·                     Meluaskan pasaran dan mengurangkan jurang perbezaan pendapatan
-          Firma monopoli yang berjaya melaksanakan dasar dikriminasi harga telah membahagikan pasaran kepada beberapa pasaran yang kecil.
-          Pasaran ini akan dikenakan harga yang berbeza mengikut kemampuan mereka untuk membayar.
-          Pasaran tersebut dapat diperluas kerana semakin ramai pengguna yang mampu memperoleh barang atau perkhidmatan tersebut dan dapat mengagihkan pendapatan dengan serata.
·                     Meningkatkan tingkat kebajikan masyarakat
-          Pengguna yang berpendapatan rendah dapat menikmati sesuatu barang berdasarkan keupayaan untuk membayarnya.
c)      Lebih cekap dalam perkhidmatan awam
·                     Beberapa perkhidmatan awam seperti bekalan air, kesihatan, dan elktrik hanya sesuai dijalankan oleh firma monopoli. Ini supaya firma monopoli dapat menikmati ekonomi bidangan dan mampu menghasilkan tingkat keluaran dengan banyak.
·                     Apabila firma ini menjadi firma monopoli, ia dapat menguasai hampir keseluruhan pasaran dan dapat beroperasi dengan semakin cekap apabila tingkat outputnya meningkat.
d)      Mengalakkan perkembangan teknologi
·         Firma monopoli digalakkan untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan atas keluarannya supaya dapat mempertahan kuasa monopolinya. Ini bermakna untung lebih normalnya dapat dikekalkan.
·         Penyelidikan dan pembangunan akan membawa perkembangan teknologi, dan mengurangkan kos pengeluaran, memperbaiki kualiti keluaran, dan mewujudkan keluaran baru dipasaran. Ini secara tidak langsung juga meningkatkan kebajikan masyarakat melalui pilihan yang semakin banyak dan menikmati barang yang lebih baik kualitinya  
KEBURUKAN
a)      Tidak mencapai kecekapan pengeluaran
b)      Tidak mencapai kecekapan peruntukan
c)      Agihan pendapatan tidak rata
·         Kuasa monopoli telah menyebabkan firma monopoli menikmati untung lebih normal.
·         Pengguna terpaksa membayar tingkat harga yang tinggi dan menikmati jumlah keluaran yang sedikit.
d)      Pembaziran kapasiti
e)      Monopoli tidak menggalakkan perkembangan teknologi
·         Monopoli mengehadkan perkembangan teknologi dan pembaharuan.
·         Oleh sebab tiadanya kebebasan keluar masuk, maka firma monopoli tidak menghadapi persaingan.
f)       Keburukan akibat dasar diskriminasi harga
·         Dasar diskriminasi harga yang mengagihkan pasaran kepada pasaran luar negeri dan dalam negeri akan merugikan masyarakat tempatan kerana dengan sifat permintaan yang kurang anjal, pengguna terpaksa membayar harga yang lebih tinggi.
·          Tidak mendatangkan faedah sosial kerana agihan barang dan perkhidmatan tidak optimum, ini menyebabkan tingkat kepuasan mengguna yang rendah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan