Selasa, Julai 24, 2012

Sistem Sanitari


 SISTEM SANITASI
     Ialah suatu system pengaliran air basuhan dan bahan-bahan kotoran dari bangunan untuk tujuan penghapusan.                
        
     PENGENALAN
*      Perkidmatan bangunan adalah kerja-kerja berkaitan dengan kemudahan bangunan yang mana ia bertujuan untuk menjamin kebersihan dan kesihatan penghuni dan keselesaan alam sekitar.
      KELENGKAPAN SANITASI
*      Kelengkapan sanitasi termasuklah kelengkapan untuk kemudahan membuang air besar serta air kecil di tandas, kelengkapan untuk kemudahan membasuh sarta mandi dan sebagainya.
*      Alat-alat kelangkapan ini biasanya dilengkapkan perangkap yang mengandungi adang air untuk menyekat udara kotor daripada masuk ke dalam bangunan.
*      Ketika membuat pemilihan barangan kelengkapan sanitasi, perkara-perkara ini perlu diambil kira bagi menjamin kesinambungan sesuatu system sanitasi:

              I.    Kemudahan pembersih
– Mempunyai permukaan yang licin, tidak mudah menyerap air, tidak mudah karat dan senang dibersihkan.
              II.    Tahan lasak
– Keras dan tidak mudah pecah.
              III.   Rupabentuk mudah dan senang dipasang
              IV.   Mudah diperolehi
               V.    Ekonomi dari segi kerja-kerja pemasangan dan perbelanjaan penyelenggaraan                                                        
              V I.   Elok dipandang
             VII.   Selesa digunakan

*      Kelengkapan-kelengkapan sanitasi boleh didapati dalam berbagai-bagai jenis dan pilihan.
*      Kelngkapan ini diperbuat daripada tanah liat (seremik), logam atau plastic.


 SISTEM SALIRAN

·  PRINSIP SALIRAN BAWAH TANAH
Pembuangan air kotor dan air permukaan yang baik dari sesuatu bangunan sangat penting bagi kesihatan awam dan merupakan perkara yang penting dalam binaan sesuatu bangunan.  Jika saliran tidak kemas dan bocor, air yang terlepas dapat mencemarkan bekalan air atau udara.  Air yang terlepas juga boleh memusnahkan tanah di bawah tapak asas dan boleh menyebabkan pemendapan bahagian bangunan. 
Peraturan Bangunan 1985 menyentuh tentang saliran bawah tanah dan pelajar dinasihati supaya membiasakan diri dengan berbagai-bagai keperluan ini.


 TAKRIFAN DAN ISTILAH DALAM SISTEM SALIRAN
2.1    Takrif mengikut Akta Kesihatan Awam
Takrif-takrif yang berikut diperturunkan oleh seksyen 343 Akta Kesihatan Awam 1936:

Saliran

Bermaksud saliran yang digunakan untuk penyaliran sesuatu bangunan, atau sebarang bangunan atau halaman, atau apa-apa yang berkaitan dengan bangunan tersebut.

Betung

Tidak termasuk saliran seperti yang ditakrifkan dalam bahagian ini tetapi untuk sementara waktu ia termasuk semua betung dan saliran yang digunakan untuk penyaliran bangunan dan halaman bagi bangunan.

Betung persendirian

Bermaksud bentung yang bukan betung awam.  

2.2               Takrifan secara am
Dalam istilah am, saliran, betung dan betung persendirian boleh diterangkan seperti yang berikut:

Saliran

Sistem paip yang digunakan bagi penyaliran satu atau lebih bangunan dalam sempadan pesendirian. Pemilik bangunan, atau bangunan-bangunan, bertanggungjawab bagi penyenggaraan saliran.

Betung persendirian

Sistem paip yang digunakan bagi penyaliran dua atau lebih bangunan yang dimiliki oleh pemilik yang berlainan. Paip berada dalam sempadan persendirian dan penyenggaraannya dikongsi bersama oleh pemilik bangunan yang berlainan.

Betung awam          

Sistem paip yang dimiliki oleh pihak berkuasa tempatan dan disenggara oleh pihak berkuasa itu.  Paip tersebut berada di luar sempadan persendirian yang selalunya di bawah laluan jalan.  Ia menjadi tanggungjawab setiap pihak berkuasa tempatan untuk mengadakan betung awam dan kemudahan-kemudahannya, dengan kaedah kerja pembuangan pembetung, bagi pembuangan yang berkesan terhadap kandungan bentung awam.

1.0               SISTEM SALIRAN
Jenis sistem yang digunakan bergantung pada peraturan pihak berkuasa tempatan. Terdapat 3 jenis sistem saliran yang utama seperti yang ditunjukkan di bawah.

3.1          Sistem Berasingan
Air kotor diluahkan dari mangkuk tandas besen, sink tempat mandi, dan lain-lain, disalur keluar oleh saliran air kotor ke betung air kotor, atau loji pembuangan kumbahan persendirian. Air hujan atau air permukaan dari bumbung dan kawasan turap disalurkan oleh saliran air permukaan ke betung air pemukaan awam atau penyerap.

Sistem Gabungan
Air kotor dari alat pembersihan dan air permukaan dari bumbung atau kawasan turap disalurkan oleh saliran tunggal ke betung gabungan.  Sistem ini menjimatkan kos penyaliran, tetapi kos pembuangan kumbahan meningkat.

Sistem separa berasingan
Sebahagian besar air permukaan disalur oleh saliran air permukaan ke betung air permukaan atau penyerap tetapi sebahagian air hujan disambung kepada saliran air kotor.  Ini dilakukan apabila air hujan dapat disambungkan kepada saliran air kotor dengan mudah, yang selalunya pada bahagian belakang bangunan.

3.4       SIFAT-SIFAT, KEGUNAAN BAHAN-BAHAN PAIP SALIRAN SERTA JENIS DAN CARA SAMBUNGAN PAIP SALIRAN.

Cara tradisional untuk menyambung paip selut ialah dengan cara simen dan mortar pasir. Sambungan boleh terus digunakan bagi beberapa pembuangan perdagangan tetapi terdedah kepada pengembangan suhu atau pergerakan tanah dan bagi mencegah keretakan, berbagai sambungan teleskop mudah alir didapati. Sambungan-sambungan ini mudah dibuat serta memberikan pergerakan lurus sehingga 5 serta membenarkan pergerakan teleskop sehingga 18mm.
                Dengan penyambungan gelang-O, gelang ditempatkan di dalam alur pada acuan ‘spigot’ salah satu paip dan pada soket paip yang lain serta ditolak masuk dengan sedikit secara pergerakan sisi ke sisi. Gelang-O dimampatkan pada acuan poliester lantas membuat satu sambungan kedap air teleskop mudah alih. Sambungan lengan dibuat dengan melincirkan penghujung paip dan menolak lengan masuk. Bahagian penghujung paip lain kemudiannya dilincirkan dan ditolak masuk ke dalam lengan.



1.0   Prinsip-prinsip rekabentuk sistem saliran untuk rumah kediaman.
Perkara-perkara yang berikut mestilah dipertimbangkan dalam mereka bentuk sistem saliran:
1.       Bentangan sistem mestilah seringkas dan setepat yang mungkin dan bilangan bengkokan, perangkap dan lurang mestilah minimum.
2.       Paip hendaklah diletakkan dalam keadaaan lurus dari satu titik ke satu titik yang lain.
3.       Paip hendaklah tidak menyerap, tahan lasak, licin pada jaranya dan cukup kuat.
4.       Paip mestilah disokong secukupnya tanpa menghadkan gerakannya.
5.       Saliran air kotor mestilah teralih udara dengan baik, untuk mengelakkan penumpuan gas kotor dan turun naik tekanan udara dalam paip yang boleh menyebabkan gegeluk tidak mengedap atau mangkuk tandas tersumbat.
6.       Semua bahagian sistem saliran mestilah mudah dimasuki bagi tujuan pemeriksaan dan pembersihan.
7.       Paip hendaklah tidak melalui bawah bangunan kecuali jika betul-betul terpaksa dan paip tidak boleh diletakkan berdekatan dengan tapak bangunan.
8.       Paip tidak boleh diletakkan berdekatan dengan pokok kerana paip mungkin akan dirosakkan oleh akar pokok.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan