Selasa, Julai 24, 2012

Ekonomi Islam

Takrifan Ekonomi Islam


*      Ekonomi merupakan rumusan tafsiran peristiwa manusia dalam menghadapi alam bendanya.
*      Menurut Ibnu Khaldun, ekonomi merupakan kehidupan manusia daripadasatu rupa dan keinginan untuk mendapat rezeki dan berusaha untuk mendapatkannya.
*      Menurut Akram Khan, ekonomi adalah kajian al-falah manusia melalui pengurusan sumber bumi berasaskan kerjasama dan penyertaan.
*      Menurut Hasanuz-Zaman, ekonomi adalah ilmu pengetahuan dan penggunaan perintah dan peraturan syariat demi melindungi ketakadilan dalam perolehan dan penggunaan sumber asli bagi tujuan memenuhi kepuasan manusia dan bagi membolehkan mereka melaksanakan tanggungjawab terhadap Allah s.w.t. dan masyarakat seluruhnya.
*      Menurut Masudul Alam Choudhury, ekonomi adalah sebagai kajian sejarah, empirik dan teori bagi menganalisis keperluan manusia dan masyarakat berasaskan panduan sistem nilai islam.
*      Menurut Amir Mohd. Al-Faysal al-Su’ud, ekonomi adalah satu ilmu wasilah (alat) yang digunakan oleh manusia bagi memenuhi segala hajat individu dan masyarakat sesuai  dengan peraturan syariat.
*      Menurut Mannan, ekonomi adalah ilmu sains sosial yang mengkaji masalah ekonomi yang berpegang pada nilai islam.
*      Kesimpulannya, ekonomi islam merupakan ilmu yang mengkaji kegiatan manusia yang selaras dengan kehendak syariat, dari segi memperoleh, mengguna atau mengurus sumber asli untuk kebaikan diri serta kebaikan bersama secara kebendaan dan kerohanian demi mendapat keredhaan Allah s.w.t.

FALSAFAH EKONOMI ISLAM


*      Konsep Tauhid 
*       Konsep Rububbiyah
*       Konsep Tazkiyyah
*      Hari Pembalasan
*       Manusia Sebagai Khalifah
*       Kesamaan dan Persaudaraan Manusia
*       Konsep Hak Milik
*       Matlamat Kegiatan Ekonomi

*      Konsep Tauhid
-          asas dalam cara hidup Islam.
-          Juga asas kepada falsafah ekonomi islam
-          Merangkumi hubungan manusia dengan Allah s.w.t. dan hubungan antara manusia dengan manusia.
-          Tidak takut kepada manusia kerana manusia adalah makhluk Allah s.w.t. dan tidak mempunyai kuasa serta tidak menganiaya manusia lain

*      Konsep Rububiyah
-          sifat Allah s.w.t. sebagai penguasa yang membuat peraturan dan bertujuan untuk menjaga kehidupan makhluk kepada kesempurnaan.
-          Dalam konteks ekonomi, rububiyah merupakan peraturan ilahi bagi menyusun rezeki dan kegiatan ekonomi manusia demi kepentingan yang sebenar.



*      Konsep Tazkiyyah
-          adalah untuk membentuk kesucian jiwa dan ketinggian akhlak.
-          Rasul diutuskan untuk membersihkan hati manusia dengan Allah, manusia dan alamnya.
-          Pembersihan harta adalah melalui zakat dan sedekah.
-          Tazkiyyah melahirkan al-Falah.
-          Keluhuran Tazkiyyah adalah daripada pelaksanaan konsep Rububiyah.

*      Hari Pembalasan
-          percaya pada hari pembalasan menjadikan kegiatan ekonomi sentiasa berada di landasan yang benar.
-          Segala tindakan manusia akan dianalisis pada hari akhirat kelak.
-          Segala kegiatan ekonomi manusia di dunia dilihat dari segi ‘nilai kini bagi  natijah masa akhirat’

*      Manusia Sebagai Khalifah
-          manusia adalah pemegang amanah dan mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.
-          Manusia perlu memakmurkan bumi.
-          Peranan ini adalah dalam hubungan pengabdian diri kepada Allah s.w.t.

*      Kesamaan dan Persaudaraan manusia
-          semua manusia adalah daripada satu keturunan iaitu daripada keturunan Adam.
-          Oleh itu, manusia semuanya bersaudara dan mempunyai hak yang sama dalam kehidupan.
-          Dengan kewujudan rasa persaudaraan akan membuahkan keadilan dengan menolak kezaliman sesame manusia.
-          Persaudaraan adalah sebahagian daripada tauhid.


-          Rasa kasih sayang, tolong-menolong, hormat-menghormati, sedia berkorban adalah tanda iman seseorang.
-          Keadilan dalam ekonomi adalah sumbangan setiap individu kepada masyarakat.
-          Maka, tidak akan timbul pemerasan, penindasan dan eksploitasi antara satu sama lain.
-          Larangan eksploitasi ini bertujuan untuk melindungi hak setiap individu dalam masyarakat dan untuk meningkatkan kebajikan umum.
*      Konsep Hak Milik
-          Segala harta, kekayaan, dan sumber adalah milik Allah s.w.t.
-          Pemilikan manusia terhadap anugerah adalah tidak mutlak kerana terikat dengan peraturanNya tetapi hanya dalam bentuk amanah.
-          Pemilikan amanh akan menjadikan manusia menguruskan pemilikannya secara yang diredhai.

*      Matlamat Kegiatan ekonomi
-          mewujudkan kesejahteraan ekonomi untuk individu, masyarakat dan Negara.
-          Keperluan asas yang mencukupi menghindarkan kelaparan dan ketakutan dalam masyarakat. Memastikan keperluan manusia dari segi makanan, pakian, tempat tinggal, perubatan, dan pendidikan adalah cukup.
-          Penggunaan sumber yang optimum, berjimat, berkesan dan tidak membazir.
-          Kesaksamaan agihan harta, kekayaan, pendapatan dan pembangunan.
-          Menjamin kebebasan individu.
-          Kesamaan hak dan peluang.
-          Kerjasama dan keadilan.

CIRI-CIRI EKONOMI ISLAM

*      Ekonomi adalah sebahagian daripada sistem kehidupan.
*      Ekonomi adalah keseimbangan antara kepentingan individu dengan masyarakat.
*      Ekonomi yang berasaskan al-Quran dan al-Sunnah.
Ekonomi Islam adalah Ilahi (ketuhanan) dari segi prinsipnya.
*      Ekonomi yang merupakan daripada keseluruhan system kehidupan islam yang lengkap.
Ekonomi islam adalah lengkap, sempurna dan mampu untuk menyelesaikan masalah keperluan kehidupan manusia dan semua makhluk di bumi ini.
*      Ekonomi yang akan sentiasa menyeimbangkan kepentingan individu dan masyarakat.
Apabila kepentingan individu dan kepentingan umum tidak  dapat disesuaikan maka Islam mendahulukan kepentingan umum.
*      Kegiatan ekonomi yang bersifat kebendaan tetapi masih bercorak kerohanian.
Kegiatan ekonomi tidak memisahkan kebendaan daripada kerohanian kerana manusia bukan sahaja mempunyai hubungan sesama manusia tetapi juga mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t.
*      Ekonomi yang sentiasa sesuai sepanjang zaman dan masa kerana sifatnya yang tetap dan dinamik.
Ekonomi Islam dianggap tetap kerana prinsipnya yang teguh tanpa boleh dipersoalkan, dan pada masa yang sama ia dinamik kerana mempunyai kaedah penggunaan yang berbeza dan sesuai dengan pelbagai keadaan.
*      Ekonomi yang asas hukumnya adalah al-Quran dan al-Sunnah.
Al-Quran terjamin keasliannya hingga ke Hari kiamat. Dan begitu juga dengan al-Sunnah. Oleh itu, ekonomi Islam sesuai untuk sepanjang zaman.
 SUMBER UTAMA
*      Al-quran merupakan sumber yang paling penting dan dalil pertama dalam penentuan hokum. Oleh itu, tidak boleh didahului oleh sumber-sumber hokum yang lain.
*      Al-sunnah merupakan perjalanan Rasulullah s.a.w. yang meliputi ucapan, perbuatan, dan pengakuannya.
*      Al-sunnah adalah sumber perundangan kedua selepas al-Quran dan ia adalah penjelas, pemerinci dan penghurai kepada al-Quran.

SUMBER-SUMBER RUJUKAN
*      Ijmak adalah kesepakatan ulama mujtahidin (iaitu mereka yang benar-benar mendalami dan menghayati ilmu-ilmu agama) tentang sesuatu hukum dan peraturan agama (al-din).
*      Kias adalah hukum agama yang telah tetap tentang sesuatu perkara dan dijadikan hukum untuk sesuatu perkara yang lain apabila kedua-duanya dianggap mempunyai sebab atau sifat yang sama.
*      Ijtihad adalah usaha seorang faqih untuk mendapatkan hukum syariat yang belum terdapat pada al-quran atau al-sunnah.ijtihad hanya dilakukan oleh mujtahid.

SUMBER-SUMBER LAIN
*      Pendapat sahabat hamper setaraf dengan sunnah Rasulullah s.a.w. kerana mereka hidup sezaman dengan baginda. Mereka lebih faham tentang islam.
*      Istihsan bermaksud meninggalkan pendapat yang terhasil daripada penggunaan kaedah kias, sebaliknya merujuk kepada pendapat yang disokong oleh dalil yang lebih kuat.
*      Istislah bermaksud tindakan yang melarang atau yang mengizinkan sesuatu perkara, semata-mata kerana maslahat (faedah).
*      Istishab bermaksud menjadikan hokum yang sabit pada waktu yang lalu, tetap berlaku sampai sekarang sehingga ada dalil yang mengubahnya.
*      Uruf bermaksud nilai, adat atau kebiasaan masyarakat, selagi tidak bercanggah sebaliknya selaras dengan kehendak islam.
EKONOMI DALAM RANGKA KERJA ISLAM

*      Syariat adalah hukum yang berhubung dengan fiqh (amal), akidah dan akhlak.
*      Fiqh menentukan samada sesuatu perkara itu wajib dilakukan atau sebaliknya, samada sesuatu tindakan itu sah atau sebaliknya.
*      Hukum fiqh ada dua, iaitu ;
-                      ma’rufat (wajib, sunat dan harus)
-                      munkarat (makruh dan haram)
  •  wajib/fardhu
  • sunat mustahab
  • harus / mubah
  • makruh
  • haram




*      Fiqh telah diperuntukkan dalam al-quran dan al-sunnah, manakala ulama mujtahidin telah mengeluarkan hokum-hukum berdasarkan ijtihad daripada kedua-dua sumber tersebut.
*      Dalam rangka kerja islam, fiqh terbahagi kepada dua iaitu fiqh ibadat dan fiqh muamalat.
*      Aspek ekonomi dalam rangka kerja islam termasuk dalam bidang fiqh muamalat.
*      Dalam aspek ekonomi, terdapat urusan am dan peribadi yang berkaitan dengan hukum perniagaan, pewarisan, dan sebagainya.