PEMBINAAN LANTAI

Lantai adalah permukaaan tapak sesebuah bangunana yang mana ia menerima semua aktiviti penghuni dan beban-beban yang lain.
Pembinaannya hendaklah mempunyai ciri-ciri keselamatan dan keselesaan penghuninya.Lantai biasanya terdiri daripada beberapa lapisan asas, lapisan pasir, lapisan konkrit dan lapisan kemasan. Lapisan asas terdiri daripada batu kelikir, gentian kaca dan bata-bata yang pecah. Ia berfungsi mengurangkan kenaikan air yang akan melembapkan lapisan tapak konkrit sekaligus merosakkannya. Lapisan pasir ditaburkan di atas lapisan asas. Disebabkan permukaan lapisan asas yang rata membolehkan lapisan pasir dimampatkan untuk menerima lapisan konkrit. Lapisan konkrit merupakan lapisan tapak lantai bawah padu di mana ia berfungsi sebagai menerima kekemasan yang dibuat pada permukaanya. Penggunaan tetulang pada lapisan konkrit bergantung kepada beban yang ditanggungnya.
Lapisan kalis lembab lazimnya disertakan dalam lapisan konkrit. Ia berfungsi sebagai pencegah kenaikan air sampai ke permukaan lantai. Biasanya lapisan ini dilapis lagi dengan minyak bitumen atau tar sebagai lapisan kalis lembab.
Pembinaan lapisan lantai hendaklah dibuat dengan berkualiti supaya air tidak sampai ke permukaan atas. Apabila lapisan lantai gagal berfungsimencegah kenaikan air, maka lantai akan mula rosak. Keadaan ini menjadi agak merbahaya sekiranya lantai tersebut juga berfungsi untuk menampung beban mati seperti perabot dan ia boleh merisikokan keselamatan penghuni. Bagi menggelakan kemalangan yang tidak diingini, maka beberapa ciri-ciri utama perlu dipertimbangkan:

  1. Kestabilan - Kestabilan lantai menjadikan ia sebagai stuktur yang kukuh serta berupaya mencegah dari berlakunya keretakan .
  2. Kekuatan - Lantai yang dibina perlu mempunyai kekuatan bagi menampung beban hidup dan beban mati serta semua jenis tekanan yang diterima oleh lantai.
  3. Kelasakan - Lantai yang tahan lama tanpa kerosakan hendaklah mempunyai sifat-sifat pencegah keretakan, kebakaran, asid, reput dan serangan serangga.
  4. Keselesaan - Keselesaan adalah antara faktor utama untuk penghuni, ia termasuklah suhu lantai sama ada panas atupun sejuk, penebat bunyi(tidak terpantul), terlalu licin dan lantai yang tampak menarik.
  5. Pencegah Kelembapan - Keupayaan lantai menentang resapan air dan mencegah lembapan perlu difokuskan kerana kelembapan merupakan antara ciri-ciri perosak lantai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan